Peminat Emas Fizikal : Apa Yang Berlaku Pada 15hb Ogos 1971?

Salam sejahtera kepada semua. Untuk entry kali ini admin ingin berkongsi sejarah yang tercatat dan berlaku pada tarikh di atas. Mungkin ramai yang masih belum tau apa yang telah berlaku pada tarikh tersebut.

Berdasarkan kepada pembacaan admin di dalam buku yang berkaitan dengan emas, pada tarikh tersebut, Encik Richard M. Nixon iaitu Presiden Amerika Syarikat pada masa itu telah mengambil langkah yang begitu drastik dan merupakan peristiwa yang mengubah senario pemilikan emas oleh orang ramai. Apa yang berlaku adalah pertalian antara Dolar US dan emas telah diputuskan. Dalam ertikata yang lain, Dolar menjadi Matawang fiat yang ‘berdiri sendiri’ dan tidak disokong oleh atau bersandarkan kepada emas atau apa-apa barang berharga yang lain. Tindakan ini menjadikan semua matawang di dunia ini juga menjadi matawang fiat kerana semuanya teriakt dengan Dolar US. Tujuan utama perkara ini dilakukan adalah untuk menghalang lebih banyak emas fizikal dari mengalir keluar dari negara Amerika Syarikat yang mana pada ketika itu hutang negara Uncle Sam tersebut dibayar menggunakan Emas.

Mulai saat tersebut, kerajaan Amerika Syarikat mula mencetak matawang fiat sesuka hati bagi tujuan melunaskan hutang piutang dan menanggung perbelanjaan yang semakin bertambah saban tahun. Semakin banyak fiat USD dicetak, semakin banyak hutang yang perlu dibayar. Tindakan mencetak fiat USD sesuka hati sebenarnya tidak membantu Amerika Syarikat untuk menjelaskan hutang-hutangnya.Malah, semakin memburukkan keadaan dengan kadar inflasi yang semakin tinggi.

Apabila pertalian antara Dolar US dan Emas diputuskan, seperti layang-layang, harga emas mula naik secara mendadak dari paras $35/auns sehingga $200/auns pada 1974. Berlaku turun naik harga untuk selama tempoh 20 tahun di mana harga emas lebih banyak mengalami kemurungan sehinggalah pada tahun 2001. Pada tahun tersebut, harga emas mula mendaki sehinggalah sekarang.

Posted on 31 October 2011, in Harga Emas, TAHUKAH ANDA? and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: