Jom Bayar Zakat…

Alhamdulillah…. minggu lepas sebelum pergi bercuti hujung tahun, admin sempat pergi ke Pejabat Agama Islam Batu Pahat untuk menguruskan pembayaran zakat emas. Jadi di sini admin nak berkongsi dengan para pembaca berkenaan zakat emas ni.

Untuk kadar Nisab bagi negeri Johor untuk tahun 2011 ni telah ditentukan sebanyak RM14862.25 iaitu bersamaan dengan berat 85 gram emas.Perkiraan mudahnya adalah bernilai RM174.85 segram.

 Jadi kalau pembaca ada memiliki emas fizikal macam gold bar, gold wafel, gold coin atau barang kemas yang tidak dipakai (barang kemas comfirm la boleh dipakai..) dan disimpan buat pekasam je dengan berat melebihi 85 gram apabila cukup haul (tempoh setahun kalendar islam/masihi). Maka pembaca kena dan diwajibkan untuk bayar zakat emas. Kalau macam admin ni yang stok emas sentiasa keluar dan masuk dari simpanan, tak diwajibkan untuk bayar zakat sebenarnya. Tapi kitakan mencari pahala lebih dengan berzakat dan bersedekah, tak salah pun kalau nak bayar zakat. Lagi bagus.Perkiraannya macam ni :

Contoh berat emas yang ada dalam simpanan adalah sebanyak 100 gram (nak senang kira)  :

100 gram x RM174.85 = RM1748.50 (nilai emas dalam simpanan)

Jumlah yang kena bayar zakat :

RM1748.50 x 2.5% = RM437.13

p/s : Nilai nisab emas adalah sama untuk semua jenis emas tak kira berketulenan 999, 950, 916 dan sebagainya.

Dengan membayar zakat juga, pembaca akan dapat pelepasan cukai untuk tahun tersebut dengan syarat mendapatkan resit rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam yang pembaca dah bayar zakat. Untung la kan bayar zakat ni, dapat pahala, dapat sucikan harta. Ada beberapa hari lagi untuk sampai ke hujung tahun. Jadi jangan berlengah lagi untuk menunaikan zakat yang wajib ke atas diri kita. Aminn…..

Maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Agama Islam Batu Pahat : 07-4343566 atau yang berhampiran dengan tempat anda.

Posted on 28 December 2011, in Emas fizikal, pejabat agama islam, TAHUKAH ANDA? and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: