Skill Cincin Berskala Santai

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog admin yang suam-suam kuku ni.hehehe.. Dah lama betul rasanya tak post artikel dalam blog ni memandangkan tuntutan tugas hakiki yang lebih diutamakan.

Okey.. kalau tengok pada tajuk entri kali ni, boleh dikatakan hampir semua Dealer Sinargold tau basic skill  untuk teknik arahnu ni. Cuma di sini admin ingin berkongsi ilmu (boleh dikatakan free la… ) yang diperolehi dengan para pembaca. Jika peruntukan simpanan anda selama ini dimasukkan ke dalam akaun simpanan di bank atau ASB sahaja, apa kata jika anda tukarkan kebiasaan tersebut dengan sandarkan wang fiat anda ke dalam bentuk emas. Tak perlu nak beli yang berketul2 dengan modal yang ciput. Beli saja ikut kemampuan. Admin cadangkan supaya anda membeli dan menyimpan emas @  kemas dalam bentuk cincin, kecil dan murah.

Admin tak nak berikan kata-kata manis yang diberi oleh kebanyakan penjual emas dengan kata-kata kenaikan emas adalah sebanyak 25-30% setahun. Apa yang admin jangkakan kenaikan minimum sebanyak 15% setahun sahaja (kira play safe la..)

Jika anda sekadar membeli emas dan menyimpan sahaja emas tersebut, anda hanya mengharapkan kenaikan harga emas untuk mendapatkan profit. Berbeza dengan cara menggunakan skill cincin berskala ni, anda boleh mendapat keuntungan sekurang-kurangnya 12% setahun selepas ditolak dengan harga buyback untuk semua stok emas yang anda jual.Itu admin anggarkan kenaikan ema sebanyak 15% sahaja.

Jika anda membeli sebentuk cincin setiap bulan, pada bulan ke 30, anda sudah boleh mendapat keuntungan 12% tersebut dengan hanya bermodalkan 25 bentuk cincin sahaja jika anda menjual semua emas tersebut.Jika mahu teruskan, tiada masalah.Modal kurang, untung lebih….

Tak perlu nak risau jika harga emas tidak stabil atau turun.Apa susah, bila harga turun, kita rembat banyak-banyak cincin untuk dibuat stok.Insyallah takkan tercekik dengan arahnu jika anda ikut seperti yang diajar. Buat skill cincin ni secara santai, baru lah hati senang sebab stok emas dalam tangan bertambah. DIINGATKAN SEKALI LAGI, STOK EMAS TU  DALAM TANGAN ANDA , BUKAN PADA SAYA…hehe..

Jadi apa yang anda perlu buat jika berminat untuk apply skill cincin berskala santai ni,cuma beli 5 bentuk cincin  dengan admin dengan berat purata 2.5g setiap satu. Kenapa saya minta anda beli 5 bentuk?Bukan sebagai pengeras untuk belajar (Sebab anda beli dan pegang sendiri emas anda tu). Tapi sebagai menunjukkan komitmen anda untuk aplikasikan skill tersebut.

Apa? anda risau untuk bayar upah simpan? Dengan skill yang betul, semua tu ditolong bayarkan oleh Arahnu sendiri.hehehe.. macam tak percaya bukan?percayalah, ni bukan lawak ke der…

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk simpan kekayaan dalam bentuk emas, hubungi admin untuk pencerahan. Jangan risau, kita boleh berTT untuk sesi pencerahan dan bantuan untuk melaksanakan skill ni. Admin boleh ditemui di area Kota Kinabalu, Sabah..

Posted on 16 July 2012, in Emas fizikal, Gold, TAHUKAH ANDA? and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: