Zakat

Berikut adalah jenis-jenis zakat yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam apabila cukup Haul dan syarat.

Zakat Pendapatan

Takrifan Zakat Pendapatan

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50

Zakat Perniagaan

Kadar Zakat

2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakatkan tertakluk kepada nisab.

Keadah Pengiraan

Kaedah 1 – Modal Kerja (Working Capital)

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]* X %Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota:    Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya dimana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa

Kaedah 2 – Modal Berkembang

[Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap]* X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota:    Sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa

* Lebih atau sama dengan nilai nisab

Zakat Wang Simpanan

Pengertian Wang Simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Akaun Simpanan

Tarikh Masuk Tarikh Keluar Amaun (RM) Baki (RM)
01/01/XXXX 10,000.00 10,000.00
23/04/XXXX 2,000.00 8,000.00
30/05/XXXX 3,000.00 5,000.00
10/07/XXXX 200.00 5,200.00
12/08/XXXX 1,200.00 4,000.00
11/11/XXXX 2,000.00 6,000.00
31/12/XXXX 1,000.00 7,000.00

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 4,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/xxxx – 31/12/xxxx.

Contoh Pengiraan

Baki Terendah = RM4,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM4,000 x 2.5%

Pengiraan Bagi Pendeposit Yang Memiliki Beberapa Akaun Simpanan

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Pengiraan Zakat Pelbagai Buku Akaun Simpanan

Haul : 1/1/xxxx – 31/12/xxxx

Buku Simpanan Baki Terendah (RM)
Buku 1 4,000.00
Buku 2 1,000.00
Buku 3 15,000.00
Jumlah Baki Terendah 20,000.00

Jumlah baki terendah : RM 20,000 (melebihi nisab)

Zakat = RM 20,000 x 2.5%
= RM 500

Akaun Simpanan Tetap

Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam jangkamasa tertentu.

Contoh:

Simpanan tetap : RM10,000

Zakat : RM10,000 x 2.5% (kadar zakat)
= RM250

Zakat Saham

Ditulis oleh Administrator | 11 Januari 2011

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
  • Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan

  • Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
  • Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-

Nama Saham Bil Unit (A)
RM
Harga Terendah (B)
RM
Jumlah (A x B)
RM
ABC 20,000 1.50 30,000
DEF 20,000 0.50 10,000
Jumlah Harga Terendah 40,000

Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000

  • Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-

2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )

Contoh:

a) Saham X: RM6,000 – RM2,000 = RM4,000
b) Saham Y: RM8,000 – RM2,000 = RM6,000
Jumlah Zakat RM10,000 x 2.5%
RM250

Zakat KWSP

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama’ Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“…..Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):”Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu” (At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya, melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50 ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat jalannya, adakah ke syurga atau neraka”. (Riwayat Muslim).

Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat “Sempurna Milik”. Syarat “Sempurna Milik” akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara.

Contoh:
Jumlah pengeluaran = RM 20,000
Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Zakat Pertanian

Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

Dalil Zakat Pertanian

Firman Allah SWT bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….”. (Surah Al-Baqarah:267)

Syarat wajib zakat pertanian

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup Nisab – * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)
  5. Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia

* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan

Kaedah mengeluarkan zakat pertanian

Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka kadarnya ialah 7.5%

Zakat Ternakan

Zakat ternakan adalah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Dalil wajib zakat ternakan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun).” (Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

Syarat wajib zakat ternakan

  1. Islam
  2. Sempurna Milik
  3. Merdeka
  4. Cukup Nisab (Genap Setahun)
  5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.

Keterangan

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat.” (Surah Al-Baqarah:267)

Sifir kiraan zakat lembu/kerbau

>

Kadar Nisab Kadar Zakat
Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur
30 – 39 1 ekor Jantan 1 tahun lebih*
40 – 49 1 ekor Betina 2 tahun lebih**
60 – 69 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*
70 – 79 1 ekor dan 2 ekor Jantan dan betina 1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 – 89 2 ekor Betina 2 tahun lebih**
90 – 99 3 ekor Jantan 1 tahun lebih*
100 – 109 2 ekor dan 1 ekor Jantan dan betina 1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 – 119 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*
120 ke atas 3 ekor atau 4 ekor Betina atau jantan 1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

Sifir kiraan zakat kambing / biri-biri

Kadar Nisab Kadar Zakat
Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur
40 – 120 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan/BetinaJantan/Betina 1 tahun2 tahun
121 – 200 2 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor kambing Jantan/BetinaJantan/Betina 1 tahun
201 – 399 3 ekor kambing biri-biri atau 3 ekor kambing Jantan/BetinaJantan/Betina 1 tahun2 tahun
Penambahan: tiap-tiap 100 ekor 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan/BetinaJantan/Betina 2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Sumber : http://www.zakat.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: